Kehidupan peribadi Lukman Sardi

Pada Disember 2009, Sardi berkahwin dengan Pricillia Pullunggono, yang 13 tahun lebih muda daripadanya. Beliau dikurniakan tiga anak, iaitu Akiva Dishan Ranu Sardi,[1] Akira Deshawn Yi Obelom Sardi, dan Akino Dashan Kaimana Sardi.

Pada Jun 2015, Sardi mencetuskan kohtroversi susulan beliau ingin menukar agama Islam kepada Kristian. Khabar angin ini berlaku apabila Sardi membuat testimoni di majlis ulang tahun Indonesian Bethel Church Ecclesia, yang dimuat naik di YouTube pada 24 Mei 2015. Sardi mengakui bahawa keputusan untuk murtad bukan satu kesimpulan tetapi dari hatinya.[2]